Sripengantin.com : - Sunday, February 5, 2012
 
Home » Borang Nikah
« « Modul MBKPPI     |     Borang JAIS » »

Borang Kebenaran Berkahwin bagi negeri-negeri di Malaysia atau negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan:

Masih ramai yang mengajukan soalan kepada saya, terutama mengenai Jabatan Agama Islam manakah yang bertanggungjawab memproses permohonan berkahwin dan menguruskan urusan Nikah, Cerai dan Rujuk bagi pihak lelaki mahupun pihak perempuan. JAIS, JAWI, JAIN, Majlis Agama, Pejabat Agama Daerah?

Saya ingin jelaskan bahawa Jabatan Agama Islam, termasuklah Pejabat Agama Daerah serta Majlis Agama Islam yang ada di Malaysia mempunyai fungsi dan skop tugasan yang sama.

Barangkali design logo Jabatan agama yang amat berbeza mengikut negeri serta nama Jabatan Agama yang kadang-kadang di panggil sebagai Pejabat Agama atau Majlis dan paling popular sekali ialah  Jabatan Agama Islam (ini merujuk kepada negeri atau HQ) kadang-kadang mengelirukan kita.

Jabatan kerajaan lain seperti JPJ, TNB dan sebagainya, mempunyai logo yang selaras dan fungsi mereka sama sahaja walaupun berbeza negeri.

Permohonan berkahwin bagi pihak perempuan di tentukan oleh kediaman atau permastautin wali pada ketika permohonan itu akan di buat. Ini bermakna sekiranya Wali atau bapa kandung tinggal di negeri Pahang (contoh), maka bapa boleh menguruskan urusan Permohonan Berkahwin bagi pihak anak perempuannya. Bagi pemohonan saudara baru (perempuan sahaja), seandainya WALI bukan beragama Islam, maka permohonan dari pihak perempuan (saudara baru) harus melalui MAHKAMAH SYARIAH bagi kelulusan berkahwin.

Bagi permohonan dari pihak lelaki, WALI atau bapa kandung lelaki tidak di perlukan. Hanya memadai dengan menyediakan dua orang saksi dokumen (Selangor) atau Surat akuan bujang dari majikan atau dari HR (Wilayah Persekutuan). Pemohon lelaki tidak perlu mengisi butir-butir wali di dalam BORANG permohonan berkahwin. Harap Maklum.

Bagi menentukan Jabatan Agama yang manakah harus anda berurusan sila jawab soalan di bawah:

  1. Anda ialah seorang pemohon lelaki atau dari pemohon perempuan, dan anda (lelaki) atau wali (perempuan) menetap atau bermastautin di Selangor atau mungkin di KL? Ini bermakna kediaman anda atau wali di tadbir di bawah Majlis Bandaraya. Sila Klik salah satu logo Majlis Bandaraya yang mentadbir bandar atau taman di kediaman anda atau Wali anda bermastautin?



KLIK MAJLIS BANDARAYA:

  1. Klik: Peraturan Kursus Kahwin MBKPI.
  2. Klik:  TARIKH Kursus Kahwin sepanjang tahun 2012 / 2013.
  3. Muat turun / Print / Email kpd: Paper ad (Iklan Pusat Bimbingan Sri Permaisuri)
  4. VIDEOS: Koleksi VIDEOS, Doa dan bacaan quran..
  5. Foto Album