Sripengantin.com : - Tuesday, May 22, 2012
 
Home » Info » Peraturan
« « Surat Akuan Bujang     |     Videos » »

Terma, Syarat, Peraturan KURSUS

KAD PENGENALAN (PENGESAHAN IDENTITI PESERTA)

  • Setiap Peserta DI MINTA agar menyerahkan satu salinan fotokopi kad pengenalan / kad kuasa (bagi yang berkenaan sahaja / RF / T), passport (bagi yang berkenaan shj), kad saudara baru (sekiranya ada) atau SURAT AKUAN MEMELUK ISLAM (sekiranya tidak ada kad ISLAM), sebagai dokumen sokongan dan pengesahan identiti.
  • Mana-mana pelajar yang tidak menyerahkan kad pengenalan, boleh di kenakan tindakan tahan sijil KURSUS KAHWIN sehinggalah kad pengenalan di serahkan kepada URUSETIA bagi pengesahan identiti.

ETIKA PAKAIAN LELAKI DAN PEREMPUAN.

  • Pakaian ke Kuliah bagi lelaki ialah KEMAS, dan PAKAIAN bagi PEREMPUAN ialah manis dan menutup aurat iaitu bertudung, seperti baju lengan panjang dan seluar panjang / kain yang elok. PELAJAR dilarang daripada menggunakan selipar jepun (SELIPAR JAMBAN). Kami menitik beratkkan kekemasan PELAJAR.

WAKTU PENDAFTARAN.

  • Sekiranya anda tidak membuat sebarang tempahan atau booking KURSUS KAHWIN, ia bukan menjadi masalah bagi kami. Terus sahaja WALK in pada hari SABTU sebelum jam 3:00 petang. Kami menerima semua jenis pendaftaran termasuk WALK IN sebelum 3 petang pada hari Sabtu, Phone booking, sms booking etc etc secara otomatik.
  • HARI SABTU. Pelajar-pelajar kursus di nasihatkan datang awal pada hari pendaftaran (HARI SABTU). Tindakan akan di kenakan ke atas mana-mana PELAJAR yang datang lewat pada hari SABTU. Sila pastikan anda tiba sebelum jam 3:00 petang (Hari Sabtu)
  • HARI AHAD Lapor diri pada HARI AHAD bermula tepat jam 9.00 pagi. Semua Pelajar di WAJIBKAN berada di dlm kelas 10 minit awal.
  • Maklumat lanjut: Muat turun Jadual / tentatif program.

YURAN DAN RESIT PEMBAYARAN

  • Yuran bagi mengikuti KURSUS PRA-PERKAHWINAN DAN KEKELUARGAAN MBKPI / MBKPPI ialah RM80.00 seorang. Setiap Pasangan akan di berikan satu resit pembayaran. Resit Pembayaran itu mesti di simpan kerana resit pembayaran akan di gunapakai bagi tuntutan sijil. Sila ingat No Resit bagi URUSAN tuntutan Sijil Kursus Kahwin.

SIJIL KURSUS KAHWIN

  • Bagi urusan tuntutan Sijil Kursus Kahwin sila hubungi En saididi di no : 016-916 6392 ( saididi ).

DISIPLIN

  • Mana-mana PELAJAR yang terlewat lebih daripada 15 minit ‘selepas sesi bermula’ di kehendaki mengulang tajuk berkenaan pada minggu hadapan dan tindakan menahan sijil akan di buat.
  • Semua PELAJAR lelaki dan Perempuan WAJIB menandatangani borang kehadiran (LOG KEDATANGAN), bagi setiap sesi sehinggalah kelas tamat. Jumlah KREDIT jam yang di tetapkan ialah 14 JAM KREDIT.
  • Mana-mana PELAJAR yang gagal menandatangani borang kehadiran, boleh di kenakan tindakan menahan sijil.
  • Setiap PELAJAR harus menunjukkan sikap yang BERDISIPLIN dan MATANG.

MEROKOK

  • Kawasan menghisap rokok ialah di luar bilik kuliah.

PERJALANAN KURSUS.

  • Semua PELAJAR di kehendaki memberi tumpuan dan membuat catitan semasa sesi di jalankan. Kegagalan memberi tumpuan serta membuat catitan akan menyebabkan PELAJAR hilang arah dan merugikan PELAJAR tersebut.
  • Pelajar di nasihatkan berinteraksi dengan baik dengan semua PELAJAR-PELAJAR dan berinteraksi dengan fasilitator, dengan mengemukakan soalan jika ada kemuskilan. Orang yang bijak ialah orang yang suka bertanya. Di samping itu kami juga mengalakkan PELAJAR berbincang dengan Fasilitator.
  • Peratusan lulus (layak dapat sijil) di bahagikan kepada 90% kedatangan penuh dan 10% Aktiviti dalam kumpulan.
  • PELAJAR di nasihatkan menghafal nama Fasilitator bagi memudahkan berbicara atau berbincang  dengan FASILITATOR. Sila lihat nama FASILITATOR pada jadual kursus (tentatif kursus) yang telah di sediakan oleh URUSETIA. Pusat Bimbingan Sri Permaisuri juga mempunyai hak mutlak untuk meminda waktu atau meminda fasilitator pada bila-bila masa sahaja yang di perlukan. Urusetia akan memaklumkan kepada PELAJAR sekiranya ada berlaku perubahan waktu kursus atau perubahan FASILITATOR.
  • Pusat Bimbingan Sri Permaisuri berhak menahan mana-mana PELAJAR yang di dapati menganggu sesi kuliah. Bagi tindakan tersebut kami akan memulangkan wang pendaftaran sebagai salah satu cara penyelesaiaan masalah disiplin.

PARKING / KESELAMATAN

  • Semua PELAJAR di kehendaki meletakkan kereta atau motor di tempat yang telah di sediakan. Kereta PELAJAR di letakkan di BLOK D atau di hadapan BLOK B (HARI AHAD SAHAJA). Bayaran yang di kenakan di PLAZA DWITASIK ialah  RM3 sehari.

MAKAN DAN MINUM

  • Makanan pagi dan tengahari di sediakan oleh Caterer.

SURAU LELAKI DAN PEREMPUAN.

  • Surau LELAKI dan PEREMPUAN di BLOK D, tingkat 4 LOT P4-3 dan P4-2 di atas RESTORAN Nasi Kandar.

KECEMASAN

  • Sekiranya ada pelajar yang sakit dan memerlukan RAWATAN, sila maklumkan pada URUSETIA.
  • Jika ada PELAJAR WANITA yang memerlukan TUALA WANITA, sila dapatkan dari URUSETIA.
  • Mana-mana PELAJAR yang memerlukan RAWATAN HOSPITAL, wajib keluar untuk mendapatkan RAWATAN dan WAJIB ganti semula JAM yang tertunggak pada minggu-minggu hadapan.

PESANAN KAMI

  • Peraturan yang di telah di tetapkan ialah untuk kebaikan kita bersama. Mana-mana pelajar yang melanggar peraturan yang telah di tetapkan boleh di kenakan tindakan tatatertib atau DENDA.
  • Terima kasih kerana memilih kami sebagai destinasi Pusat Kursus Kahwin anda.
  • Pusat Bimbingan Sri Permaisuri / Pusat Bimbingan An Nisaa: [ PETA LOKASI ] [ MAP ]
  • Sila Hubungi Urusetia Kursus kahwin [ saudara azam ] di talian: H/P: 017-5007894 (azam), 017-6949108, 03-9171 6789, 03-56371880 : Tuntutan sijil: 016-9166392,