Sripengantin.com : - Tuesday, July 29, 2014
 
Home » Modul MBKPPI » Borang JAIS
« « Modul MBKPPI     |     Borang WILAYAH » »

Borang JAIS edisi terbaru 2012 disediakan bagi peserta Pusat Bimbingan Sri Permaisuri (Okt 2012).  :

Muat turun Borang JAIS edisi baru di bawah:

  1. Senarai semak / Dokumen sokongan bagi LELAKI.
  2. Senarai semak permohonan nikah perempuan.
  3. Borang 1 Akuan Pengesahan Pemastautinan.
  4. Borang 2A Permohonan Kebenaran Berkahwin Lelaki.
  5. Borang 2C Permohonan Kebenaran Berkahwin Perempuan.
  6. Borang 2D Persetujuan Wali dan Wakalah Wali.
  7. Senarai Daerah dan Mukim Negeri Selangor.
  8. Senarai Klinik Kerajaan bagi Ujian Saringan HIV neg Sel.
  9. Carta Wali (Father of the Bride)
  10. Syarat Nikah dan Lafaz Ijab dan Qabul.
  11. Daftar NIKAH
  12. Lafaz takliq
  13. Borang pendaftaran Kursus Pra perkahwinan Pusat Bimbingan Sri Permaisuri / An Nisaa.: http://sripengantin.com/wp-content/uploads/2010/08/borangkursuskahwin.doc
  14. Muat turun / Print / Email kpd: Paper ad (Iklan Pusat Bimbingan Sri Permaisuri )

Muat turun senarai DAERAH dan Mukim Negeri Selangor, senarai KLINIK ujian Saringan HIV, borang 1A Akuan Pemastautin, borang 2A pemohonan nikah Lelaki atau borang 2C pemohonan nikah perempuan, borang 2D persetujuan Wali dan Wakalah Wali (Father of the Bride consent) permohonan perempuan dan senarai semak permohonan lelaki / perempuan.

Buka borang yang telah di muat turun dengan aplikasi Microsoft Word.

Print Borang yang sudah di muat turun.

Borang ini hendaklah diisi dengan lengkap menggunakan huruf besar dan berdakwat hitam atau biru tanpa ditandatangani dahulu.

Setiap kesalahan perkataan hendaklah dipotong dan ditandatangan ringkas atau diganti dengan borang baru.

Memadam perkataan yang salah atau ditindih adalah tidak dibenarkan.

Pastikan dokumen sokongan adalah betul, mencukupi, dan dilampirkan bersama dengan borang sebelum berjumpa PPN (Kadi di MASJID). Jangan palang/tandakan setiap dokumen sokongan dengan sebarang tulisan.

Tandatangan Borang 1A, 2A atau 2C dan 2D di hadapan Kadi di MASJID untuk pengesahan.

Pemohon di kehendaki membawa dua orang saksi (guarantor – penjamin permohonan), dokumen sokongan dan wali (Father of the Bride) apabila berurusan di Masjid bagi tujuan pengesahan.

Syarat 2 orang saksi (guarantor) ini hendaklah lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan mengenali pemohon lelaki atau perempuan serta tahu status pemohon lelaki dan pemohon perempuan tersebut. Pastikan tandatangan pemohon, wali (Father of the Bride) dan 2 orang saksi dibuat di hadapan PPN. Wakalah wali pada Borang 2D hendaklah dilengkapkan di hadapan PPN (Kadi di Masjid).

Sekiranya butir-butir itu palsu maka dua orang saksi, wali, Pengerusi Taman Perumahan, Pengerusi Apartmen, Pengerusi Kondo, Pengerusi Rumah Pangsa dan sesiapa telah melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum di bawah seksyen 38, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 “Jika seseorang, bagi maksud mendapatkan suatu perkahwinan dilakukan di bawah Enakmen ini, sengaja membuat akuan, atau pernyataan yang palsu, maka orang itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya denda dan penjara itu”

See also: Fraud. , impersonator. , identity fraud ,

Kemudian hantar borang yang telah di semak dan yang telah di sahkan oleh Kadi di Masjid dan hantar borang tersebut pada JAIS untuk mendapat surat Kebenaran berkahwin.

Maklumat lanjut sila daftar Kursus Kahwin di Pusat Bimbingan Sri Permaisuri. Borang pendaftaran Kursus Pra perkahwinan Pusat Bimbingan Sri Permaisuri / An Nisaa.: http://sripengantin.com/wp-content/uploads/2010/08/borangkursuskahwin.doc